Wednesday 8 October 2014

Tips Mudah Mahir Matematik

Subjek matematik merupakan subjek yang amat menarik dan mencabar jika kita tahu cara-cara menguasainya.Untuk menjadi lebih mahir dalam subjek matematik,kita boleh mencuba tips-tips berikut:-

1/ Memberi pendedahan kepada anak-anak tentang teknik-teknik mengira yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.Cara-cara mengira di dalam bentuk permainan dapat menarik minat anak-anak untuk mempelajari matematik dan seterusnya menguasainya dari peringkat rendah lagi.

2/ Melatih anak-anak untuk sentiasa bertanyakan soalan kepada guru atau ibubapa jika mereka tidak memahami sesuatu topik.Jangan tunggu sehingga sesuatu topik menjadi semakin rumit kerana ia akan menjadi lebih sukar untuk difahami.

3/ Menggalakkan anak-anak untuk membuat banyak latihan matematik supaya mereka lebih terdedah dengan pelbagai bentuk soalan.Latihan yang banyak akan menjadikan mereka lebih mahir untuk memahami dan menguasai matematik.

4/ Anak-anak mesti sentiasa fokus di dalam kelas supaya setiap ilmu yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan.Jika kita fokus,kita akan jadi lebih faham dan memudahkan kita menjawap sebarang soalan matematik.

Insyaallah....



Teks: Rohayu Salleh

Bisnes Tat Nenas Di Musim Raya

Pengalaman menjual tat nenas pada musim hariraya yang lalu telah memberikan satu pengalaman yang baru dan amat berharga buat saya.Saya memilih tat nenas kerana ia adalah satu biskut yang "evergreen" dan menjadi kegemaran kebanyakan orang. Saban tahun,saya juga akan membuat sendiri tat nenas walaupun proses membuatnya agak rumit.

Tempahan yang diterima sejak awal bulan ramadan amat menggalakkan dan ini menaikkan semangat saya untuk menyiapkan tempahan pelanggan sebaik-baiknya.Pertama kali berniaga biskut raya memberikan cabaran untuk saya kerana perlu membahagikan masa di antara berniaga dan menjalani ibadah puasa dengan baik.

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan segala tempahan yang diterima walaupun terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan pada hari-hari terakhir bulan ramadan.Para pelanggan juga memberikan respons yang baik dan berpuashati dengan rasa tat nenas saya.

Pengalaman berbisnes tat nenas di musim hariraya telah mengajar saya bagaimana untuk lebih disiplin membahagikan masa dan mengurus aliran wangtunai dalam bisnes.Ia juga memberikan pengalaman bagaimana berurusan dengan pelanggan agar kedua-dua pihak berada di dalam situasi "menang-menang".
TAT NENAS TRADISIONAL



Bisnes "Creamy Hershey dan Red Velvet"

Pada bulan November 2013 saya telah mengikuti kelas membuat "desserts" iaitu Creamy Hershey dan Red Velvet. Sebagai seorang penggemar manisan atau "desserts",saya tertarik untuk belajar sendiri supaya saya menyediakannya di rumah dan menjualnya sebagai pendapatan sampingan.

Creamy Hershey dan Red Velvet ini amat digemari oleh kanak-kanak dan anak remaja kerana rasanya yang sejuk dan manis.Kedua-dua produk ini mendapat sambutan dari rakan-rakan anak saya dan mereka menjadi pelanggan saya yang setia dan sering mendapatkan kedua-dua produk ini.

Kedua-dua manisan ini amat sesuai dinikmati sewaktu cuaca panas kerana rasanya yang dingin dapat memberikan kelegaan untuk sesiapa yang sedang kepanasan dan kehausan (macam iklan ubat batuk pula).
Kedua-dua produk ini merupakan percubaaan pertama saya untuk menceburi bisnes makanan yang khusus kepada produk manisan dan kek.

Saya berharap dapat memperkembangkan lagi bisnes ini dan amat berharap saya lebih tabah menghadapi segala rintangan yang akan datang.Insyaallah...



Teks: Rohayu Salleh
Creamy Hershey

Red Velvet