Wednesday 8 October 2014

Bisnes Tat Nenas Di Musim Raya

Pengalaman menjual tat nenas pada musim hariraya yang lalu telah memberikan satu pengalaman yang baru dan amat berharga buat saya.Saya memilih tat nenas kerana ia adalah satu biskut yang "evergreen" dan menjadi kegemaran kebanyakan orang. Saban tahun,saya juga akan membuat sendiri tat nenas walaupun proses membuatnya agak rumit.

Tempahan yang diterima sejak awal bulan ramadan amat menggalakkan dan ini menaikkan semangat saya untuk menyiapkan tempahan pelanggan sebaik-baiknya.Pertama kali berniaga biskut raya memberikan cabaran untuk saya kerana perlu membahagikan masa di antara berniaga dan menjalani ibadah puasa dengan baik.

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan segala tempahan yang diterima walaupun terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan pada hari-hari terakhir bulan ramadan.Para pelanggan juga memberikan respons yang baik dan berpuashati dengan rasa tat nenas saya.

Pengalaman berbisnes tat nenas di musim hariraya telah mengajar saya bagaimana untuk lebih disiplin membahagikan masa dan mengurus aliran wangtunai dalam bisnes.Ia juga memberikan pengalaman bagaimana berurusan dengan pelanggan agar kedua-dua pihak berada di dalam situasi "menang-menang".
TAT NENAS TRADISIONAL



No comments:

Post a Comment